Monday, July 14, 2008

Menghormati Sejarah

Kebiasaannya dalam politik sudah tersedia satu jurang dan garis yang melebar di antara kerajaan dan pembangkang. Namun di Malaysia, garis politik boleh berubah bila-bila masa.

Cuba selak helaian Harakah edisi awal 90-an. Anwar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa. Anwar pula menyerang PAS sebagai parti pemfitnah.

Awal 1990-an, sewaktu Parti Melayu Semangat 46 masih hidup dan bernafas, ucapan-ucapan Rais Yatim sentiasa menjadi santapan rakyat marhaen. Hari ini, beliau 'menyeberangi semula jambatan yang telah dibakar'.

Kini isteri Rais Yatim bukan main glamour dengan rambut yang didandan cantik. Rosmah Mansor pun segan berdiri di sebelahnya. Ini kerana rambut Rosmah kusut masai. Sebahagiannya bercampur aduk dengan uban suaminya Najib Tun Razak.

Selepas Parti Melayu Semangat 46 meletupkan dirinya dengan bom C4, maka Ku Li yang sebelum ini dipuja akhirnya dimaki hamun oleh orang PAS. Perkataan pembelot, pengkhianat, penipu, jilat air liur sendiri dan sebagainya dihamburkan kepada orang tua itu. Kasihan Tengku Razaleigh.

Demikian juga Anwar Ibrahim, ketika dia diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia bukan main hebat lagi pengaruh dan ketumbukannya di dalam UMNO. Semuanya mahu menumpang semangkuk tuah Anwar.

Tetapi apa telah jadi tatkala Mahathir melucutkan jawatan beliau dan menghumbankannya ke penjara Sungai Buloh? Mana pergi orang-orang kem Anwar? Yang muncul ketika Anwar tersepit ialah orang yang tidak pernah dikenali beliau, umpamanya Tian Chua.

Ketika zaman reformasi membakar dan menaikkan suhu ibu kota, Anwar diangkat sebagai hero rakyat. Akhbar Harakah yang sebelum ini menyerang Anwar tiba-tiba membela Anwar. Ketika itu apa sahaja warta berita yang menyokong Anwar akan laris seperti pisang goreng panas.

Tetapi bagaimana pula dengan dakwaan Harakah sebelum ini terhadap Anwar, pada awal 90-an dahulu?

Demikian juga ketika Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri. Pada hari itu Pemuda PAS membuat laporan polis serentak terhadapnya di seluruh negara. Ironinya pada tahun 2006 berbondong-bondong pemimpin tertinggi PAS hadir mendengar ceramah Tun Dr. Mahathir ketika beliau mahu melancarkan serangan pertama terhadap Badawi.

Detik berganti detik, hari berganti hari, minggu berganti minggu, seterusnya tahun demi tahun berlalu. Akhirnya pecah berita Ezam masuk UMNO.

Sebelum ini Ezam diangkat sebagai hero Reformasi. Dia juga adalah lembu suci di dalam Parti Keadilan Nasional. Sesiapa yang mengutuk Ezam nescaya akan menerima azab yang pedih dari ahli parti.

Antara mangsanya ialah Lokman Nor Adam. Sekarang ini kedua-duanya telah selamat menyertai UMNO.

Ezam pergi menyeberang ke UMNO tanpa ada penyertaan ahli Angkatan Muda Keadilan secara en-bloc ke dalam parti karat itu. Ezam dihina, dicaci, dimaki hamun, diludah dan disumpah seranah. VCD Ceramah Ezam telah dibakulsampahkan oleh rakyat yang terkilan kerana Ezam mengkhianat Sumpah Keramat.

Kalau dahulu Ezam menyerang Pak Lah dan menantu, hari ini Ezam menjadi pegawai kanan Najib Tun Razak dan menyerang Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.

Demikianlah, hari itu cakap lain, hari ini cakap lain. Perkataan 'Konsistensi' tidak pernah dan tidak akan wujud di dalam politik Malaysia. Politik Malaysia pada satu tahap adalah lebih gah dari gosip-gosip Melodi Fara Fauzana maupun soseh-soseh Mama Juwie.

Politik Malaysia tidak melibatkan kesetiaan penuh para politikus, tetapi ia lebih menitik beratkan garis politik. Sifir politik Malaysia akan berubah mengikut waktu dan keadaan semasa. Seseorang pemimpin boleh melompat ke mana-mana pihak sama ada pembangkang atau kerajaan. Seperti contoh hari ini seorang bekas Timbalan Presiden UMNO sedang mengetuai cabaran pakatan pembangkang untuk memusnahkan UMNO.

Inilah yang dibimbangi Badawi. Badawi mempunyai sebab untuk berasa takut jika MP BN Sabah dan Sarawak melompat ke Pakatan Rakyat.

Ini kerana politik Malaysia adalah politik opportunist. Di sinilah bermulanya percaturan politik paling kompleks dalam sejarah peradaban dunia moden.






Badawi Takut Wan Azizah

Rakyat mula memandang tinggi kepada Badawi. Kecerdikannya terserlah apabila sekadar tersenyum melihat episod tumbuk menumbuk di antara Anwar dan Najib. Yang seorang dikatakan meliwat. Seorang lagi dituduh meliwat dan menyetubuhi cewek Mongolia. Naya. Memang naya.

Akhirnya Badawi dilihat persis Mr. Clean. Tiada skandal Perdana Menteri buat masa ini. Media pula mula sibuk mengipas dan mendingin hawa Badawi. Rating Badawi naik semula. Kini dia tidak tidur. Hakikatnya dia sudah lama membuang tabiat tidur siang selepas kepalanya dihantuk rakyat marhaen tanggal 8 Mac 2008 lalu.

Baru Badawi mahu menarik nafas segar dan menghela lelah di dada yang menggunung tiba-tiba dia dikejutkan dengan usul undi tidak percaya terhadapnya. Datuk Seri Wan Azizah telah menghantar usul tersebut kepada speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Di sinilah kesilapan Badawi. Dia tidak mahu usul itu dibahaskan di Parlimen. Dia tidak yakin dia boleh survive dalam usul undi tidak percaya. Dengan kata lain, Badawi takut dia akan tewas di tangan seorang wanita bernama Wan Azizah.

Ini membuktikan Badawi sendiri tidak percaya kepada rakan-rakan di dalam komponen Barisan Nasional. Maknanya ada serigala berbulu kambing di kalangan MP BN.

Selama ini kita ditipu hidup-hidup oleh media dan Level 4. Mereka cuba mereka cerita mengatakan imej Badawi melonjak sejak akhir-akhir ini kerana persengketaan Anwar dan Najib.

Hakikatnya Badawi kekal haprak seperti sebelumnya. Mana mungkin imej Badawi naik setelah beliau menaikkan harga minyak! Rakyat semakin menderita! Harga barang telah mula melambung naik. Gaji masih kekal.

Maaflah Badawi, rakyat bukan bodoh. Rakyat sentiasa ingat jasamu dan kroni-kroni serta menantumu. Rakyat tidak akan lupa semua itu biarpun ketika ini kami sedang disajikan dengan drama Sodomi II karya mentee Mahathir, Najib Tun Razak.





Saturday, July 12, 2008

Najib PM ke 6

Najib akan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada bulan Jun 2010 nanti. Namun demikian, ia bukanlah satu jaminan untuk beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Pelbagai perkara boleh berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Hakikatnya, Najib mahu proses peralihan kuasa dijalankan secepat mungkin seawal Disember ini.

Isu peralihan kuasa merupakan titik tolak yang meyakinkan bahawa telah berlaku perebutan kuasa di antara kem Najib dan kem Abdullah.

Dalam memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman, Najib perlu memastikan Anwar dan Pakatan Rakyat tidak mampu membentuk kerajaan Persekutuan pada 16 September ini.

Selain itu Najib perlu berdepan dengan Akuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin dan Balasubramaniam Perumal.

Jika sekiranya akuan terbabit terbukti benar, maka Najib terpaksa memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Najib telah melakukan kesilapan besar apabila PKR berjaya membuktikan hubungan akrab beliau dengan Saiful Bukhari. Saiful merupakan pemfitnah yang mendakwa dirinya diliwat Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Saiful juga dikenalpasti sebagai insan yang rapat dengan Rosmah.

Bangkitlah Menentang Kezaliman

Rakyat diseru supaya bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan sebagai warganegara Malaysia.

Rakyat juga diminta untuk menekan kerajaan agar melupuskan undang-undang rimba seperti ISA yang terang-terang menganiaya seseorang individu yang ditahan tanpa dibicara.

Selain itu, Majlis Peguam perlu berusaha untuk menangkis persepsi bahawa ISA relevan kononnya bagi menentang terroris.

Sedang negara kita mengamalkan prinsip 'seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah', tindakan Barisan Nasional mempertahankan kewujudan ISA adalah tindakan yang bodoh.

Takziah buat keluarga tahanan ISA selama 7 tahun -- Shahrial Sirin yang baru kehilangan anak perempuannya Allahyarhumah Aina.

Sayugia diucapkan takziah kepada Barisan Nasional yang bakal runtuh dan musnah dalam jangka masa terdekat ini. Ingatlah, Kezaliman Membawa Padah.

Thursday, July 10, 2008

Wahai Menteri Besar Kedah

Di dalam akhbar Harakah edisi terbaru, terdapat dua perkara yang kontras. Pertama muka hadapannya tertera gambar sekujur jenazah remaja wanita yang terbujur kaku dikucup ayahanda.

Tagline Sempurnakan Kezaliman dijadikan tema. Tahanan ISA Shahrial Sirin telah menjadi mangsa kezaliman rejim Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Di muka paling belakang, sebuah foto menunjukkan Menteri Besar Kedah sedang bermesra dengan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah adalah raja ISA. Tandatangan beliau banyak menyebabkan orang yang tidak bersalah merana. Isteri kehilangan belaian kasih dari seorang suami. Anak-anak merintih kerana sering diejek kawan sedarjah. Ini semua penderaan mental dan emosional.

Kenapa susah sangat hendak memahami perkara ini? Wahai menteri besar Kedah apakah perasaan tuan apabila berjaya membuatkan bapa mertua Khairy ketawa?




Menanti Harian Pakatan Rakyat

Setelah lebih seratus hari memerintah lima buah negeri, sudah sampai masanya untuk Pakatan menerbitkan sebuah akhbar harian.

Akhbar tersebut perlu meliputi negeri-negeri Pakatan, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan (tanpa disedari Pakatan memiliki ketumbukan pembangkang yang sangat kuat di sini).

Dengan adanya akhbar ini maka minda rakyat tidak akan mudah terpesong dengan propaganda UMNO-BN.


Monday, July 7, 2008

Terima Kasih Pembaca Blog

Perdana Menteri telah menyelar blogger yang dituduh menfitnah dengan menyebarkan khabar yang tidak benar.

Namun, mengapa rakyat membuka channel blog sedangkan Malaysia memiliki puluhan stesen radio, televisyen dan surat khabar?

Rakyat Malaysia telah celik. Rakyat Malaysia telah cerdik. Rakyat meluat dengan putar belit yang dilakukan oleh media perdana. Penipuan dan manipulasi fakta dan data di media perdana telah menyebabkan masyarakat berasa seperti diperbodohkan Barisan Nasional.

Kalau benar blog ini penyebar fitnah, mengapa Raja Petra – Penghulu Blogger sanggup membuat Akuan Bersumpah berhubung dakwaannya? Mengapa Raja Petra sanggup mengheret pertuduhan ke muka pengadilan?

Ini menunjukkan blogger menghormati undang-undang. Blogger masih mempercayai sistem kehakiman Negara Malaysia biarpun skandal Lingam telah mendedahkan kerosakannya. Blogger juga percaya untuk menegakkan keadilan kita mesti ke mahkamah.

Apakah Abdullah tidak sedar Utusan Malaysia dan TV3 jauh lebih pembohong dari kami di alam maya ini?

Di dunia demokrasi yang terbuka ini, penipu tidak boleh berselindung di sebalik pembohongannya. Terima kasih kepada penyokong Blog.

Sunday, July 6, 2008

Hormatilah PAS

Tragedi mengaibkan ketika demonstrasi Protes tempoh hari sewajarnya dijadikan renungan dan teladan buat semua.

Tindakan ‘over react’ Carburetor Dunk ketika sedang melakukan persembahan sepatutnya boleh dielakkan jika semua band muzik diberi taklimat berhubung tataetika sewaktu konsert diadakan.

Protes yang sepatutnya berjalan dengan meriah akhirnya menyaksikan penarikan diri ketumbukan Unit Amal Pemuda PAS seramai 700 orang. Secara jelas ia membuktikan bahawa PAS tidak boleh menerima konsep hiburan yang cuba diketengahkan oleh Parti Keadilan Rakyat, NGO dan golongan underground.

Terdapat gerombolan penyokong Underground yang cuba melihat kewujudan kumpulan ini dari sudut positif. Malangnya peluang pemuzik Underground untuk mendapat sokongan orang awam telah dipersia-siakan ekoran dari salah laku Carburetor Dunk.

Hishamuddin Rais dilihat menitiskan air mata seperti tidak menyangka tindakan terlampau band tersebut.

Alangkah baiknya jika Protes ini seperti Bersih yang benar-benar bersih.


Ezam - Bila Aku Sudah Tiada

Chorus:
Bila, aku sudah tiada
Campakkan VCD Ceramahku
Jangan Disumpah Seranah Selalu

Mungkin Itu Sementara
Bila Jumpa Penggantiku
Lupakanlah Diriku

Pagi Itu Indah Seperti Biasa
Sekeping Not Seratus Jadi Saksinya
Sertai Perjuangan Haprak Bangsa
Jilat Balik Semua Ludah – Ludah Lama

Siapa Yang Sangka
Dulu Aku Seorang Reformis
Kini Hanya Jadi Pengemis

Siapa Yang Sangka
Dulu Jerit Sumpah Keramat
Kini Sudah Pandai Khianat

Repeat Chorus

Saturday, July 5, 2008

Plan B?

Pakatan Rakyat bakal menubuhkan kerajaan Persekutuan tanpa kelibat Anwar Ibrahim.

Setelah berjaya menguasai Malaysia, Pakatan Rakyat akan melakukan pembersihan besar-besaran di dalam institusi kehakiman, undang-undang, PDRM, BPR dan SPR.

Selepas segala-galanya pulih, barulah Anwar akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil.

Sekiranya Anwar menang, beliau akan menggantikan jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah.

Di Sebalik Pembunuhan Altantuya.

Najib tidak berani jawab isu hubungan dengan Altantuya. Najib juga akui bertemu Saiful 2 hari sebelum Saiful membuat repot Polis terhadap Anwar -- Bukti dia terlibat dalam konspirasi. (Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Bersama-sama ini disertakan beberapa isu dan telahan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Aminah Abdullah.

Pertama:
Peguam Zulkifli Noordin pernah mendedahkan Altantuya Shaaribu telah memeluk agama Islam dengan nama Aminah Binti Abdullah.

Telahan:
Apakah Altantuya memeluk Islam bagi berkahwin dengan lelaki Muslim? Jika benar, siapakah lelaki tersebut?

Berdasarkan kepada Akuan Berkanun Encik P. Bala, lelaki tersebut ialah Abdul Razak Baginda.

Kedua:
Peguam Karpal Singh telah menimbulkan satu persoalan, apakah Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan? Apakah motif penggunaan bom C4 untuk memusnahkan badannya? Jika dia mengandung, siapakah bapa kepada kandungan tersebut?

Ketiga:
Akuan Berkanun Raja Petra Raja Kamaruddin menyatakan Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika mayat Altantuya diletupkan. Jika benar, mengapa Rosmah perlu berada di situ?

Keempat:
Akuan Berkanun P. Bala menyatakan Menteri Pertahanan Najib Razak pernah meniduri dan meliwat Altantuya (Akuan ini dipinda). Jika tidak benar, mengapa Najib tidak berani menjawab hubungannya dengan wanita Mongolia itu?

Kelima:
Tujuan Altantuya mengembara dari jauh datang ke Malaysia. Menurut Akuan Berkanun P. Bala, Altantuya mahu mendapatkan wang imbuhan USD 500 000 seperti yang dijanjikan semasa menguruskan transaksi pembelian kapal selam.

Telahan:
Altantuya bukan datang sebagai seorang pelancong. Dia mempunyai agenda lain ketika bertandang ke sini.

Lagipun mayat pelancong tidak akan dimusnahkan dengan bom C4.

Kesimpulan Kes: Hubungkan perkataan - perkataan tersebut.

Menteri Pertahanan, Najib Razak, meniduri dan meliwat, Aminah Abdullah, berkahwin, Razak Baginda, pembelian kapal selam, USD 500 000, mengandung?, Rosmah, bom C4.

Najib Razak Pertahan Diri

Dalam satu majlis di Pekan, Najib dengan tegas menyatakan bahawa beliau dan Rosmah tidak bersalah. 'Biar Allah balas perbuatan mereka di akhirat. Kalau boleh biar dibalas di dunia.' Kata Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, anak saudara Balasubramaniam membuat laporan Polis apabila mendakwa keluarga Bala tiba-tiba menghilangkan diri.

Balasubramaniam ialah lelaki yang bertanggungjawab membuat akuan bersumpah mendakwa Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Menyelami Tulisan Dr Aisar Yee

Pengendali kolum Sentuhan Tetikus Sinar Harian, Dr. Aisar Yee tampil dengan gaya penulisannya yang tersendiri.

Sebagai sebuah negara pengamal demokrasi, kita sewajarnya meraikan pandangan dan kritikan rakyat. Blog beliau boleh diakses menerusi laman blog http://draisaryee.blogspot.com

Program Klinik Methadone Gagal



Kajian dari Australia membuktikan penggunaan Methadone di kalangan penagih dadah hanya menggalakkan lagi perkongsian jarum suntikan di antara mereka.

Mereka juga menjadikan Methadone sebagai dadah alternatif kepada Heroin.

Kadar kejayaan program Klinik Methadone hanyalah sekitar 0.5%. Ini bermakna program tersebut telah membazirkan jutaan ringgit wang rakyat Malaysia.

Sebelum program itu dilaksanakan, terdapat beberapa pihak mewakili pelbagai organisasi telah membantah namun Menteri Kesihatan pada masa itu, Dr. Chua Soi Lek tetap berdegil untuk meneruskannya.

Satu lagi projek membazir Kerajaan Barisan Nasional.

Terkini


Penarikan balik kenyataan bersumpah penyiasat persendirian ialah kerana diugut dan ia mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Najib terlibat kerana yang ditarik adalah bahagian yang Najib tidak boleh jawab.

(Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Friday, July 4, 2008

P.Bala Tarik Balik Akuan Berkanun

P.Bala membuat keputusan terbaru dengan menarik semula akuan berkanun beliau dan bersedia untuk menggantikannya dengan akuan baru.

Berita ini menimbulkan spekulasi kemungkinan besar Bala diugut oleh pihak tertentu kerana akuan beracun itu telah mendedahkan keaiban Timbalan Perdana Menteri.

Thursday, July 3, 2008

Keputusan Semasa Poll 2

Setakat ini, Anwar mendahului senarai calon Perdana Menteri Malaysia ke-6 dengan mendapat 81% undi berbanding Khairy Jamaluddin 9%. Terima kasih di atas undian anda semua.

Terkini: Protes Sejuta Rakyat

Protes Sejuta Rakyat Turun bersama Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat bantah kenaikan harga minyak TETAP diadakan pada hari Ahad ini, 6 Julai 2008 bertempat di Stadium Kelana Jaya dari pukul 10 pagi hingga 12 malam.

Ceramah Di Pulau Pinang

Anwar akan menyampaikan ceramah perdananya berhubung isu yang melanda negara mutakhir ini.

Tarikh: 5 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya Pulau Pinang

Penceramah Jemputan: Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

(Sumber: Parti Keadilan Rakyat)

Keputusan Semasa Poll

Sehingga kini, sebanyak 74 undi telah dikira. Keputusan adalah seperti berikut:-

Isu: Siapakah Bakal Perdana Menteri Ke - 6?

Najib Razak..................... 1
Anwar Ibrahim............... 63
Tengku Razaleigh........... 5
Khairy Jamaluddin......... 5

Anwar Checkmate Najib

Anwar Ibrahim………………. 3
(Akuan Berkanun Raja Petra, Akuan Berkanun P. Bala, Kes Liwat Saiful Bukhari (gol sendiri Najib)

Najib Razak…………………….0

Kem Najib tidak menyangka bahawa pegawai Anwar Ibrahim, Din Merican telah berjaya mengesan kehadiran musang bernama Saiful Bukhari di dalam organisasi Parti Keadilan Rakyat.

Tindakan pantas parti itu mendedahkan hubungan rapat Saiful dan pegawai kanan Najib, Khairil Anas telah menyebabkan simpati rakyat sekali lagi memihak kepada Anwar.

Perkembangan Berkaitan -- Kelmarin Saiful datang ke balai polis bagi memberi keterangan. Tidak pernah terfikir dek akal seorang mangsa liwat berjalan dengan lagak laksana seorang hero. Dia kelihatan begitu megah apabila jurugambar mengambil fotonya. Diliwat dan bangga kerananya? Saiful oh Saiful.

Wednesday, July 2, 2008

Pendedahan Penyiasat Persendirian

Penyiasat persendirian, Bala dedah dia diberitahu Najib ada hubungan seks dengan Aminah Abdullah. Aminah juga dilaporkan meminta USD 500 000 sebagai komisyen kapal selam. Jika berita ini disahkan benar, maka Najib perlu mengucapkan selamat tinggal kepada cita-cita politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Memo Kepada Perdana Menteri

Angkatan Muda Keadilan menyerahkan memo kepada Perdana Menteri bagi mendesak Ketua Polis dan Peguam Negara digantung tugas susulan laporan polis oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Memo tersebut akan diserahkan di Pejabat PM di Putrajaya pada 2.30 petang ini. (3 Julai 2008)

Apa Yang Tersirat?


Isteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan beliau terlibat dalam pembunuhan Aminah Abdullah. Rosmah mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menyangkal Akuan Berkanun Raja Petra yang mendakwa beliau berada di tempat kejadian ketika mayat Aminah diletupkan dengan bom C4.

Namun, apa yang menghairankan ialah sifat baik hati Rosmah yang tidak mahu menyaman Raja Petra sedangkan tuduhan tersebut boleh mencemarkan kredibiliti beliau selaku isteri Timbalan Perdana Menteri.

Ketika temubual itu berlangsung, Rosmah sering mengedipkan matanya. Perbuatan itu menurut ilmu psikologi bermaksud “Apa yang beliau katakan tidak sama dengan apa yang tersirat di dalam hatinya.” Apakah Rosmah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum?




Tuesday, July 1, 2008

Sidang Media Kes Altantuya


Sumber Parti Keadilan Rakyat memaklumkan satu sidang media akan diadakan oleh Anwar Ibrahim pada jam 11 pagi (3 Julai 2008) di headquarters KeADILan, Tropicana Damansara. Sidang media tersebut bakal mendedahkan perkembangan dan bukti terbaru dalam kes pembunuhan warga Mongolia Aminah Abdullah.