Kebiasaannya dalam politik sudah tersedia satu jurang dan garis yang melebar di antara kerajaan dan pembangkang. Namun di Malaysia, garis politik boleh berubah bila-bila masa.
Cuba selak helaian Harakah edisi awal 90-an. Anwar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan salah guna kuasa. Anwar pula menyerang PAS sebagai parti pemfitnah.
Awal 1990-an, sewaktu Parti Melayu Semangat 46 masih hidup dan bernafas, ucapan-ucapan Rais Yatim sentiasa menjadi santapan rakyat marhaen. Hari ini, beliau 'menyeberangi semula jambatan yang telah dibakar'.
Kini isteri Rais Yatim bukan main glamour dengan rambut yang didandan cantik. Rosmah Mansor pun segan berdiri di sebelahnya. Ini kerana rambut Rosmah kusut masai. Sebahagiannya bercampur aduk dengan uban suaminya Najib Tun Razak.
Selepas Parti Melayu Semangat 46 meletupkan dirinya dengan bom C4, maka Ku Li yang sebelum ini dipuja akhirnya dimaki hamun oleh orang PAS. Perkataan pembelot, pengkhianat, penipu, jilat air liur sendiri dan sebagainya dihamburkan kepada orang tua itu. Kasihan Tengku Razaleigh.
Demikian juga Anwar Ibrahim, ketika dia diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia bukan main hebat lagi pengaruh dan ketumbukannya di dalam UMNO. Semuanya mahu menumpang semangkuk tuah Anwar.
Tetapi apa telah jadi tatkala Mahathir melucutkan jawatan beliau dan menghumbankannya ke penjara Sungai Buloh? Mana pergi orang-orang kem Anwar? Yang muncul ketika Anwar tersepit ialah orang yang tidak pernah dikenali beliau, umpamanya Tian Chua.
Ketika zaman reformasi membakar dan menaikkan suhu ibu kota, Anwar diangkat sebagai hero rakyat. Akhbar Harakah yang sebelum ini menyerang Anwar tiba-tiba membela Anwar. Ketika itu apa sahaja warta berita yang menyokong Anwar akan laris seperti pisang goreng panas.
Tetapi bagaimana pula dengan dakwaan Harakah sebelum ini terhadap Anwar, pada awal 90-an dahulu?
Demikian juga ketika Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri. Pada hari itu Pemuda PAS membuat laporan polis serentak terhadapnya di seluruh negara. Ironinya pada tahun 2006 berbondong-bondong pemimpin tertinggi PAS hadir mendengar ceramah Tun Dr. Mahathir ketika beliau mahu melancarkan serangan pertama terhadap Badawi.
Detik berganti detik, hari berganti hari, minggu berganti minggu, seterusnya tahun demi tahun berlalu. Akhirnya pecah berita Ezam masuk UMNO.
Sebelum ini Ezam diangkat sebagai hero Reformasi. Dia juga adalah lembu suci di dalam Parti Keadilan Nasional. Sesiapa yang mengutuk Ezam nescaya akan menerima azab yang pedih dari ahli parti.
Antara mangsanya ialah Lokman Nor Adam. Sekarang ini kedua-duanya telah selamat menyertai UMNO.
Ezam pergi menyeberang ke UMNO tanpa ada penyertaan ahli Angkatan Muda Keadilan secara en-bloc ke dalam parti karat itu. Ezam dihina, dicaci, dimaki hamun, diludah dan disumpah seranah. VCD Ceramah Ezam telah dibakulsampahkan oleh rakyat yang terkilan kerana Ezam mengkhianat Sumpah Keramat.
Kalau dahulu Ezam menyerang Pak Lah dan menantu, hari ini Ezam menjadi pegawai kanan Najib Tun Razak dan menyerang Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.
Demikianlah, hari itu cakap lain, hari ini cakap lain. Perkataan 'Konsistensi' tidak pernah dan tidak akan wujud di dalam politik Malaysia. Politik Malaysia pada satu tahap adalah lebih gah dari gosip-gosip Melodi Fara Fauzana maupun soseh-soseh Mama Juwie.
Politik Malaysia tidak melibatkan kesetiaan penuh para politikus, tetapi ia lebih menitik beratkan garis politik. Sifir politik Malaysia akan berubah mengikut waktu dan keadaan semasa. Seseorang pemimpin boleh melompat ke mana-mana pihak sama ada pembangkang atau kerajaan. Seperti contoh hari ini seorang bekas Timbalan Presiden UMNO sedang mengetuai cabaran pakatan pembangkang untuk memusnahkan UMNO.
Inilah yang dibimbangi Badawi. Badawi mempunyai sebab untuk berasa takut jika MP BN Sabah dan Sarawak melompat ke Pakatan Rakyat.
Ini kerana politik Malaysia adalah politik opportunist. Di sinilah bermulanya percaturan politik paling kompleks dalam sejarah peradaban dunia moden.